Rumah Besar Keluarga Malfoy atau lebih dikenali sebagai Malfoy Manor di dalam novel Harry Potter berbahasa Inggeris ialah sebuah rumah rekaan yang berupa sebuah rumah besar milik Keluarga Malfoy yang pertama kali muncul dalam Azimat Maut. Rumah tersebut dikatakan terletak di selatan England di kawasan desa Wiltshire, dan merupakan rumah bagi keluarga aristokrasi Malfoy. Ia didiami oleh beberapa watak antagonis yang utama iaitu Lucius Malfoy, Narcissa Malfoy, dan Draco Malfoy sebelum Bellatrix Lestrange berpindah masuk. Rumah itu dulu pernah mepunyai khidmat seekor elf rumah iaitu Dobby yang telah dibebaskan oleh Lucius Malfoy secara tidak sengaja dalam Bilik Rahsia.[1].
Dari satu jalan yang menghubungi jalan besar, ia bertemu ke satu lorong yang mempunyai pintu pagar besi yang ditempa (dan disihir) supaya apabila ada tetamu yang datang, pintu tersebut akan menyoalkan tujuan tetamu tersebut datang. Di sisi lorong tersebut pula terdapat sebuah pagar pokok renek yang dijaga rapi. Di sebalik pintu pagar tersebut pula terdapat sebuah taman yang mempunyai pancuran air dan juga seekor merak putih yang berkeliaran bebas. Di hujung jalan masuk pula mempunyai tingkap-tingkap yang mempunyai rangka yang disepuh dengan berlian yang akan bersinar menjelang malam. Di bahagian dalam rumah itu pula adalah satu ruang yang amat besar, lorong masuk yang mewah yang diterangi oleh cahaya yang malap dan dindingnya pula dihiasi dengan potret-potret yang bermuka pucat. Lantainya pula dilapis dengan permaidani yang indah dan menganggumkan. Terdapat satu lorong yang menuju ke bilik lukisan yang dihiasi dengan perabot yang mewah dan satu perapian marmar yang di atasnya terdapt cermin yang disepuh dengan emas yang berkilauan.
Rumah besar tersebut pernah digunakan sebagai markas untuk Lord Voldemort dan para Death Eater nya berkumpul. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga ahli keluarga ini agak kurang senang dengan kehadiran Lord Voldemort: Lord Voldemort telah berkata bahawa beliau hanya nampak yang Bellatrix sahaja yang kelihatan gembira dengan kehadirannya. Di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, beberapa orang watak yang pernah dikurung di ruang bawah tanah rumah ini seperti Luna Lovegood, Dean Thomas, Griphook si Goblin dan En. Ollivander. Apabila Geng Pencuri berjaya menangkap Harry, Ron dan Hermione, mereka telah dibawa ke sini, namun mereka berja melepaskan diri dengan bantuan Dobby. Keempat-empat penghuni rumah tersebut telah dikenakan hukuman berkurung oleh Voldemort dan akhirnya dibebaskan supaya dapat bertarung dalam Pertempuran di Hogwarts. Rowling telah menyatakan bahawa babak Draco Malfoy dan Theodore Nott berbicara di taman rumah ini telah dipotong dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia dan Harry Potter dalam Piala Api.
0 komentar:
Posting Komentar