BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Senin, 11 Januari 2010

Nombor Dua Belas,Grimmauld Place






Nombor Dua Belas, Grimmauld Place adalah nama tempat rekaan kononya rumah itu adalah milik keluarga Black sejak turun-temurun. Nama tempat ini mungkin berasal dari gabungan beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu "grim old place" atau "Grim's Old Place" seperti yang telah ditunjukkan oleh empunya rumah ini sendiri iaitu Sirius Black yang dikatakan merupakan satu grim; lambang sial berbentuk anjing hitam (sebenarnya Sirius ialah seorang animagi yang boleh berubah menjadi seekor anjing hitam). Struktur rumah ini berbentuk gaya rumah teres Georgia.

Antara perabot yang terdapat di dalamnya ialah satu kain dewangga yang menunjukkan salah-silah keturunan Black dan satu potret ibu Sirius Black, Walburga Black yang telah disihrkan supaya kekal melekat di dinding rumah itu. Di rumah itu juga terdapat satu elf rumah yang amat setia kepada ahli keluarga ini (kecuali Sirius) yang bernama Kreacher. Elf rumah ini walau bagaimanapun telah diwariskan kepada Harry Potter setelah kematian Sirius. Di dalam rumah ini juga terdapat satu potret milik salah seorang Pengetua Hogwarts iaitu Phineas Nigellus Black dan satu susunan plak yang terdapat kepala-kepala elf yang telah dipenggal apabila elf-elf tersebut telah terlalu tua untuk berkhidmat.

Rumah ini juga telah disihirkan supaya tidak dapat dikesan oleh Muggle hinggakan menjadi suatu kebiasaan bagi golongan Muggle yang menjadi penduduk di sana untuk menyangka yang sebenarnya tidak terdapat rumah di antara rumah nombor sebelas dan rumah nombor tiga belas. Setelah Sirius ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Azkaban, rumah ini telah terbiar selama berbelas tahun tanpa jagaan yang sempurna yang menyebabkan rumah ini berselerak, berdebu dan berbahaya. Setelah Sirius melarikan diri dari Penjara Azkaban, rumah ini telah menjadi markas sementara bagi Kumpulan Phoenix untuk bermesyuarat dan akhirnya rumah ini telah diwariskan kepada Harry Potter oleh bapa angkatnya, Sirius Black setelah kematiannya.

0 komentar: