BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Senin, 11 Januari 2010

Little Hangleton



Little Hangleton merupakan kampung rekaan yang terdapat di dalam siri Harry Potter. Ia pernah muncul beberapa kali terutamanya di dalam Piala Api dan Putera Berdarah Kacukan. Ia merupakan tempat asal bagi Lord Voldemort kerana ayahnya (Tom Riddle Sr.) dan ibu beliau (Merope Gaunt) berasal dari perkampungan ini. Perkampungan ini terdiri daripada lembah yang landai dan dikelilingi oleh bukit-bukau. Di satu bahagian kawasan ini menempatkan satu gereja dan tanah perkuburan kampung ini. Di bahagian yang lebih atas terletaknya Rumah Riddle iaitu rumah keturunan aristokrasi Keluarga Riddle yang merupakan tuan tanah kepada kawasan ini. Di sebelah satu lagi bahagian yang bertentangan, terdapat satu rumah yang menempatkan satu keluarga keturunan darah tulen Salazar Slytherin yang terakhir. Keluarga ini agak anti-sosial, iaitu Keluarga Gaunt. Kotej ini terletak di satu kawasan yang mempunyai jalan yang agak bersimpang-siur yang mendaki lembah ini. Little Hangleton merupakan kawasan Harry Potter dan Lord Voldemort pernah bertarung.

sumber : wikipedia.com

Nombor Dua Belas,Grimmauld Place






Nombor Dua Belas, Grimmauld Place adalah nama tempat rekaan kononya rumah itu adalah milik keluarga Black sejak turun-temurun. Nama tempat ini mungkin berasal dari gabungan beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu "grim old place" atau "Grim's Old Place" seperti yang telah ditunjukkan oleh empunya rumah ini sendiri iaitu Sirius Black yang dikatakan merupakan satu grim; lambang sial berbentuk anjing hitam (sebenarnya Sirius ialah seorang animagi yang boleh berubah menjadi seekor anjing hitam). Struktur rumah ini berbentuk gaya rumah teres Georgia.

Antara perabot yang terdapat di dalamnya ialah satu kain dewangga yang menunjukkan salah-silah keturunan Black dan satu potret ibu Sirius Black, Walburga Black yang telah disihrkan supaya kekal melekat di dinding rumah itu. Di rumah itu juga terdapat satu elf rumah yang amat setia kepada ahli keluarga ini (kecuali Sirius) yang bernama Kreacher. Elf rumah ini walau bagaimanapun telah diwariskan kepada Harry Potter setelah kematian Sirius. Di dalam rumah ini juga terdapat satu potret milik salah seorang Pengetua Hogwarts iaitu Phineas Nigellus Black dan satu susunan plak yang terdapat kepala-kepala elf yang telah dipenggal apabila elf-elf tersebut telah terlalu tua untuk berkhidmat.

Rumah ini juga telah disihirkan supaya tidak dapat dikesan oleh Muggle hinggakan menjadi suatu kebiasaan bagi golongan Muggle yang menjadi penduduk di sana untuk menyangka yang sebenarnya tidak terdapat rumah di antara rumah nombor sebelas dan rumah nombor tiga belas. Setelah Sirius ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Azkaban, rumah ini telah terbiar selama berbelas tahun tanpa jagaan yang sempurna yang menyebabkan rumah ini berselerak, berdebu dan berbahaya. Setelah Sirius melarikan diri dari Penjara Azkaban, rumah ini telah menjadi markas sementara bagi Kumpulan Phoenix untuk bermesyuarat dan akhirnya rumah ini telah diwariskan kepada Harry Potter oleh bapa angkatnya, Sirius Black setelah kematiannya.

Rumah Besar Keluarga Malfoy


Rumah Besar Keluarga Malfoy atau lebih dikenali sebagai Malfoy Manor di dalam novel Harry Potter berbahasa Inggeris ialah sebuah rumah rekaan yang berupa sebuah rumah besar milik Keluarga Malfoy yang pertama kali muncul dalam Azimat Maut. Rumah tersebut dikatakan terletak di selatan England di kawasan desa Wiltshire, dan merupakan rumah bagi keluarga aristokrasi Malfoy. Ia didiami oleh beberapa watak antagonis yang utama iaitu Lucius Malfoy, Narcissa Malfoy, dan Draco Malfoy sebelum Bellatrix Lestrange berpindah masuk. Rumah itu dulu pernah mepunyai khidmat seekor elf rumah iaitu Dobby yang telah dibebaskan oleh Lucius Malfoy secara tidak sengaja dalam Bilik Rahsia.[1].

Dari satu jalan yang menghubungi jalan besar, ia bertemu ke satu lorong yang mempunyai pintu pagar besi yang ditempa (dan disihir) supaya apabila ada tetamu yang datang, pintu tersebut akan menyoalkan tujuan tetamu tersebut datang. Di sisi lorong tersebut pula terdapat sebuah pagar pokok renek yang dijaga rapi. Di sebalik pintu pagar tersebut pula terdapat sebuah taman yang mempunyai pancuran air dan juga seekor merak putih yang berkeliaran bebas. Di hujung jalan masuk pula mempunyai tingkap-tingkap yang mempunyai rangka yang disepuh dengan berlian yang akan bersinar menjelang malam. Di bahagian dalam rumah itu pula adalah satu ruang yang amat besar, lorong masuk yang mewah yang diterangi oleh cahaya yang malap dan dindingnya pula dihiasi dengan potret-potret yang bermuka pucat. Lantainya pula dilapis dengan permaidani yang indah dan menganggumkan. Terdapat satu lorong yang menuju ke bilik lukisan yang dihiasi dengan perabot yang mewah dan satu perapian marmar yang di atasnya terdapt cermin yang disepuh dengan emas yang berkilauan.

Rumah besar tersebut pernah digunakan sebagai markas untuk Lord Voldemort dan para Death Eater nya berkumpul. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga ahli keluarga ini agak kurang senang dengan kehadiran Lord Voldemort: Lord Voldemort telah berkata bahawa beliau hanya nampak yang Bellatrix sahaja yang kelihatan gembira dengan kehadirannya. Di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, beberapa orang watak yang pernah dikurung di ruang bawah tanah rumah ini seperti Luna Lovegood, Dean Thomas, Griphook si Goblin dan En. Ollivander. Apabila Geng Pencuri berjaya menangkap Harry, Ron dan Hermione, mereka telah dibawa ke sini, namun mereka berja melepaskan diri dengan bantuan Dobby. Keempat-empat penghuni rumah tersebut telah dikenakan hukuman berkurung oleh Voldemort dan akhirnya dibebaskan supaya dapat bertarung dalam Pertempuran di Hogwarts. Rowling telah menyatakan bahawa babak Draco Malfoy dan Theodore Nott berbicara di taman rumah ini telah dipotong dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia dan Harry Potter dalam Piala Api.

Godric's Hollow




Godris's Hollow merupakan satu kampung rekaan di dalam siri Harry Potter. Dengan Hogsmeade yang hanya tinggal sebagai satu-satunya penempatan yang kesemua penduduknya adalah ahli sihir di Britain, Godric's Hollow telah menjadi penemapatan bagi kaum Muggle (bukan ahli sihir). Kampung ini merupakan tempat kediaman dan tempat persembunyian terakhir bagi James Potter dan Lily Potter sebelum dibunuh oleh Lord Voldemort pada 31 Oktober 1981 dan pada masa yang sama merupakan tarikh di mana anak mereka, Harry mendapat parut yang berbentuk kilat di dahinya. Godric's Hollow juga merupakan kampung asal bagi salah seorang pengasas Hogwarts, Godric Gryffindor yang namanya telah dijadikan nama kampung ini sendiri. Di dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, Harry pernah mendedahkan keinginannya untuk melawat kubur ibu dan ayahnya di Godric's Hollow bersama sahabatnya Hermione Granger. Setibanya di sana, beliau mendapat tahu tanah perkuburan yang berdekatan gereja di sana bukan sahaja tempat bersemadi ibu dan ayahnya, malah merupakan tempat persemadian ramai ahli sihir yang terkenal termasuklah Ignotus Peverell, Kendra Dumbledore (ibu Albus Dumbledore ) dan juga Ariana Dumbledore (adik perempuan Albus Dumbledore ). Apabila beliau tiba di rumah Bathilda Bagshot, beliau telah dikejutkan dengan serangan oleh ular peliharaan Voldemort, Nagini dan Voldemort sendiri. Walau bagaimanapun, kedua-dua Harry dan Hermione berjaya melepaskan diri.

The Burrow



Kawasan rumah keluarga Weasley ini dikenali sebagai The Burrow atau Burrow terletak di kawasan Ottery St. Catchpole/ St. Catchpole Ottery yang turut menempatkan keluarga sihir lain termasuklah keluarga Lovegood, Diggory dan Fawcett. The Burrow pernah menjadi markas utama bagi Kumpulan Phoenix untuk bermesyuarat sehinggalah sihir yang melindungi kawasan ini dari penceroboh luput.

Rumah ini terdapat tujuh tingkat. Walaupun keadaan agak rapuh dan usang, namun, ia kekal utuh disebabkan sokongan oleh kuasa sihir. Walaupun rumah itu agak usang, namun Harry Potter menyatakan bahawa ini merupakan tempat kedua kegemarannya selepas Hogwarts. Kawasan kebun yang berdekatan rumah ini telah dijadikan padang latihan Qudditch untuk ahli keluarga ini bermain termasulah untuk satu-satunya anak perempuan keluarga ini iaitu Ginny Weasley. Walau bagaimanapun, bola Quidditch yang sebenar tidak digunakan kerana bimbangkan bola tersebut akan terlepas ke kawasan perumahan Muggle. Kawasan taman mereka turut mempunyai Gnome liar yang berkeliaran yang merosakkan taman mereka. Namun, mereka dibiarkan kembali sungguhpun telah dibasmi (dengan memusing-musing makhluk itu sebelum melontarnya ke kawasan yang lebih jauh) kerana ayah mereka, Arthur Weasley menganggap bahawa maklhuk itu adalah lucu.

Keluarga ini turut mempunyai sebuah jam yang unik dan agak luar biasa kerana setiap satu jarum jam tersebut mewakili setiap ahli keluarga. Berbanding jam biasa yang menggunakan nombor, jam keluarga ini menunjukkan aktiviti atau keadaan seseorang ahli keluarga itu. Tidak diketahui jika terdapat jam yang sama di kawasan lain kerana ibu mereka, Molly Weasley pernah membuat kenyataan bahawa beliau belum pernah melihat jam yang menjalankan fungsi yang serupa untuk keluarga lain.

Seekor Hantu Pemakan Mayat/Jembalang/Ghoul berada di atas rumah ini dan akan sentiasa membuat bising dengan mengerang atau mengetuk dinding dan paip apabila rumah ini terlalu senyap. Di dalam Azimat Maut, hantu ini telah ditukarkan dengan kuasa sihir untuk menggantikan Ron yang tidak berada di sekolah. Hantu itu telah diubah supaya kelihatan seperti Ron sedang mengalamai penyakit Spattergroit.


sumber : wikipedia.com

Rabu, 06 Januari 2010

Diagon Alley


Diagon Alley adalah sebatang jalan di London, sama seperti laluan kedai. Ia boleh dimasuki dan diketahui oleh kalangan ahli sihir dan terlindung dari Muggle. Walau bagaimanapun, Muggle boleh memasukinya jika ingin mengiringi anak mereka yang bersekolah sihir. Ia menjadi hab atau pusat ekonomi bagi masyarakat sihir Britain. Ia juga merupakan rumah bagi Ollivander (pembuat tongkat sakti sejak 382 SM dan kelihatan juga seperti pembekal utama negara), begitu juga bank Gringotts yang diuruskan oleh Goblin dan Kedai Jubah Puan Malkin. Kedai lain di sana termasuklah kedai buku Flourish & Blotts, Emporium Burung Hantu Eeylops, Pembekal Quidditch Berkualiti dan Kedai Minuman Leaky Cauldron.

Salah satu jalan masuk ialah melalui Kedai Minuman Leaky Cauldron yang juga merupakan sebuah rumah penginapan. Kedai minuman ini yang terselindung daripada para Muggle (bukan ahli sihir)terletak di satu kawasan di Charing Cross Road, London (Charing Cross Road terkenal dengan pusat penjualan buku baru dan terpakai, yang mungkin berkaitan untuk menerangkan mengapa JK Rowling yang menyukai buku untuk menggunakannya agar dapat memasuki "dunia rekaannya"). Untuk sampai ke Diagon Alley, seseorang itu mesti ke satu dinding tembok yang terletak di bahagian luar belakang Leaky Cauldron dan mengetuk sebiji bata yang boleh dijumpai dengan mengira tiga batu ke atas dan dua melintang sebanyak tiga kali. Disebabkan kawasan yang agak sibuk, kawasan ini biasanya dimasuki oleh ahli sihir dengan menggunakan Sihir Muncul Tiba-Tiba ataupun dengan menggunakan Rangkaian Floo.

Dalam filem pertama, Diagon Alley kelihatan berhampiran dengan Pasar Leadenhall di bandar London.

Namanya dikatakan ajukan "diagonally" (jalan melintang pepenjuru); bukti yang dapat dilihat dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets. DVD filem tersebut termasuklah video pandu arah di Diagon Alley, yang menunjukkan rupa set filem asal.

Terdapat juga kawasan membeli-belah selain Diagon Alley seperti Knockturn Alley yang terkenal dengan kedai yang teruk - kedai seperti Borgin dan Burkes yang menjual objek Jahat yang berkaitan dengan Ilmu Hitam barang yang tersumpah; begitu juga pekan Hogsmeade.


sumber : wikipedia.com




Leaky Cauldron yang secara harfiah berarti Kuali Bocor. Leaky Cauldron adalah nama sebuah bar dan penginapan, yang juga berfungsi sebagai gerbang masuk yang menghubungkan komunitas Muggle dan komunitas penyihir. Tersembunyi dari pandangan Muggle.

SEJARAH LEAKY CAULDRON

Leaky Cauldron berada di dunia Muggle. Sebuat tempat kumuh dan tua yang berada Charing Cross Road di London, Britania Raya. Terletak disuatu tempat sebelah utara St Martin-in-the-Fields ke St Giles' Circus (perempatan Oxford Street). Tersembunyi dari pandangan Muggle. Leaky Cauldron melayani makanan, minuman,d an kamar untuk disewakan. Makanan dan minuman yang dijual sana beberapa di antaranya adalah makanan khas penyihir, namun makanan khas Muggle juga dijual.

Tempat ini didirikan oleh Daisy Dodderidge (1467–1555). Pada tahun 1500, Leaky Cauldrn digunakan sebagai pintu gerbang komunitas Muggle dan komunitas penyihir. Terhubung langsung ke Diagon Alley, pusat perekonomian dunia sihir. Diagon Alley berisi pertokoan perlengakpan sihir, bank, restoran, dan sebagainya. Untuk mencapai Diagon Alley, harus melewati sebuah dinding di bagian belakang pub Leaky Cauldron, memukul batu bata tertentu yang dapat membuka akses ke Diagon Alley. Batu bata itu dapat ditemukan dengan menghitung dari atas tempat sampah, tiga ke atas dan dua mendatar, kemudian diketuk sebanyak tiga kali. Jalanan Diagon Alley akan terbuka dan setelah melewatinya kita akan terpisah dari dunia Muggle, Leaky Cauldron adalah pintu gerbangnya. Leaky Cauldron sekarang dikelola oleh seorang penyihir bernama Tom.

Di ruangan utama penginapan ini, ada sebuah bar, beberapa kamar tamu peribadi dan ruang makan besar yang digunakan para tamu untuk menyantap makanan mereka. Di lantai atasnya, atau lantai dua, terdapat beberapa kamar yang dapat digunakan untuk menginap. Fasilitas kamar tersebut terdapat sebuah kasur yang empuk,lemari barang, meja, dan cermin yang bisa berbicara, serta sebuah jendela yang menyajikan pemandangan Charing Cross Road. Para penyihir seringkali singgah di tempat ini, ketika mereka baru selesai belanja di Diagon Alley atau sebagai tempat peristirahatan sementara antara Diagon Alley dan London. Toko yang terdekat letaknya dari Leaky Cauldron di Diagon Alley adalah Toko Kuali.



Sebagai tempat perlintasan, Leaky Cauldron sangat penting dan perlu dijaga eksistesinya. Pintu gerbang ini, sangat berguna untuk para penyihir, terutama para penyihir Muggleborn, atau para penyihir yang tidak tahu menahu tentang keberadaan dunia sihir. Keberadaannya tidaklah terlalu mencolok, sebisa mungkin tersembunyi dari pandangan Muggle, agar kerahasiaan dunia sihir dapat terjaga.



sumber : wikipedia.com

SEJARAH DUNIA SIHIR DAN PERKEMBANGANNYA



Dahulu kala, komunitas Penyihir dan Non-Penyihir, atau yang disebut Muggle, hidup tenteram dan berdampingan. Bahkan menurut sejaran Mesir kuno, Penyihir sangat dihormati di komunitas Muggle. Seorang penyihir biasanya menjadi Imam suatu kaum atau penasehat Raja. Penyihir di komunitas Muggle, atau yang disebut Shaman, menduduki posisi penting di pemerintahan, dan memimpin upacara tertentu.



Namun, suatu ketika, timbul kecurigaan dari kaum Muggle bahwa kaum penyihir akan menguasai dunia dengan menggunakan kekuatan sihirnya, lalu menghancurkan kaum Muggle. Tidak sedikit dari mereka yang menyiksa anggota dari komunitas lainnya, demi untuk menghindarakan ancaman dari kelompok lain. Seperti diantaranya, kaum Muggle menangkap dan menyiksa Penyihir, dengan harapan menjauhkan mereka dari ketakutan akan penghancuran pada komunitas mereka. Peritiwa tersebut terjadi sekitar pada abad ke 14, dimana kaum Muggle menangkap dan membakar para Penyihir. Kaum Muggle dan Kaum Penyihir kemudian memisahkan diri, hidup dalam dunia yang mereka atur sekendak mereka sendiri.



Perseteruan diantara dua kaum semakin parah. Hingga akhirnya, 4 penyihir yang dianggap kuat di masa itu (Godric Gryffindor, Rowena Ravenclaw, Helga Hufflepuff dan Salazar Slytherin), membangun sekolah untuk para penyihir muda yang jauh dari komunitas Muggle, dan dibuat sedemikian rupa dengan sihir sehingga eksistensi sekolah tersebut dapat dilindungi di masa yang akan datang. Sekolah sihir itu, Hogwarts, didirikan agar para penyihir muda dapat menggunakan kemampuan sihirnya dengan baik, serta dapat mengendalikannya. Sekolah ini dibangun pada awal masa Millenium.



Pada tahun 1600-1700, kaum Penyihir memutuskan mengambil tindakan yang lebih serius pada kaum Muggle. Hal itu dilakukan agar pertikaian tidak berlarut-larut dan memakan korban dari kedua belah pihak. Ada beberapa penyihir tertentu, tidak menyukai Muggle, dengan anggapan bahwa mereka adalah makhluk yang lemah, dan tidak berdaya.



Namun dalam perkembangannya, banyak diantara kaum penyihir yang merubah pola pikirnya. Mereka berpendapat bahwa sudah seharusnya kaum Penyihir meyakinkan pada kaum Muggle, bahwa sihir yang mereka gunakan hanyalah untuk kebaikan, bukan untuk merusak atau menyingkirkan kaum Muggle seperti anggapan sebelumnya. Bahkan percampuran antara kaum Muggle dan Penyihir telah terjadi diantaranya, melalui ikatan perkawinan, dan menurunkan anak setengah penyihir setengah muggle. Banyak diantara penyihir, yang juga menyukai berinteraksi dengan para Muggle pada umumnya, hidup berdampingan dengan damai.



Kondisi ini berkembang cukup baik, meyakinkan beberapa penyihir, bahwa suatu saat, komunitas Muggle dan Penyihir, mampu berdampingan dengan baik seperti masa lampau. Meskipun demikian, banyak diantara penyihir yang tidak menyukai keterlibatan mereka dengan Muggle. Untuk beberapa kasus ekstrim tertentu, para kaum penyihir berdarah murni, tidak menyukai kaum Muggle dan campuran dari Muggle-Penyihir, atau yang disebut darah murni. Setara dengan opini tersebut, beberapa Muggle juga menganggap bahwa Penyihir adalah sosok yang harus ditakuti, karena mereka menggunakan kekuatannya untuk tujuan jahat.



Saat ini, kondisi dunia sihir dan non-sihir yang pada awalnya hidup berdampingan, kemudian terpecah belah, sedang dalam ada kondisi upaya penyatuan kembali kedua dunia seperti sedia kala. Untuk tindakan lebih lanjut, diharapkan adanya pengertian dari kedua belah pihak, untuk berprasangka baik terhadap komunitas lain, dan ditumbuhkan toleransi yang tinggi antara dua kaum, untuk masa depan yang lebih baik.

sumber:lautanindonesia.com